Keperluan Ibu di Wad Bersalin




Ibu-ibu tengah tunggu hari ke tu?
Tak sabar nak bersalin?
Okay jom cek dah lengkap ke belum beg ibu nak bawa ke hospital tu😉

Keperluan Ibu Di Wad

✔Tuala – sehelai

✔Kain batik – 2-3 helai
Yang ni kak junne suka bawa skirt je..jenis lycra atau cotton spandex yang memeri tu.Biar longgar..sebab kak junne tak reti pakai kain batik. Asyik kena betulkan je leceh..😉

✔Maternity Pad – 20 keping (sebaiknya beli yang saiz lebar dan panjang – overnight & wing)

✔Toiletries – berus gigi, ubat gigi, sabun mandi, shampoo (beli yang travel kit supaya lebih mudah dan ringan untuk dibawa)

✔Baju – sepasang (untuk dipakai bila nak keluar wad nanti – lagi mudah kalau ada bukaan menyusu, senang kalau tiba-tiba baby nak menyusu)

✔Tudung – 1-2 helai (bawa tudung yang paling mudah dipakai)

✔Arm sock (sarung tangan) – 1-2 pasang (biasanya lengan baju kat wad ni panjang dia 3/4 lengan jer, aurat tu)

✔Kismis, kurma, biskut, buah epal.susu tepung/susu fresh

✔Air zam-zam (kalau takde, boleh sediakan air mineral tapi kalau dah berada di wad, boleh amalkan air suam) – minum kerap tapi sedikit-sedikit.

✔Pakaian dalam – bawa untuk 5 hari
Nursing bra bawa 5 pasang.
Penting sangat untuk menyusu.
Kak junne prefer jenis sangkut kt atas dari butang.

✔Minyak panas bagi legakan lenguh dan sakit bersalin. Kakjunne suka minyak herbanika nonaroguy. Boleh letak di dahi sebagai pilis.Baunya pun segar.
Lepas bersalin sapu di peha, betis, pinggang.

✔Stoking tebal – 3 pasang
Pastikan pakai ya..tak kisah hospital aircond atau tidak.

✔Buku pink – buku ni sangat penting untuk dibawa ke mana-mana.
Nak-nak lagi kalau ke hospital. Dah jadi macam passport nih.

✔Plastik besar – untuk meletakkan baju kotor.

Okay tu je perkakas ibu yang diperlukan untuk ke hospital.
Nantikan list untuk beg baby pula di lain posting😉

If you like it, click share. Thank you💓

#persiapanbersalin
#begibu
#listbarangbersalin
#keperluanibukehospital

Comments

Popular posts from this blog

Buasir Semasa Pantang

Masalah Breast Bengkak Semasa Pantang